Olimpik Beralih Ke London, Selamat Tinggal
Beijing
Dalam
kegemilangan pertunjukan bunga api, London
Ahad malam dengan rasminya mengambil alih
teraju Sukan Olimpik dari China yang akan
terus merayakan dalam beberapa hari dan
bulan akan datang kejayaan cemerlangnya
meraih 51 pingat emas mengatasi Amerika
Syarikat buat pertama kali dalam sukan itu.
Datuk Bandar London Boris Johnson menerima
bendera Olimpik yang terpapar lambang lima
relung berangkai dari presiden Jawatankuasa
Olimpik Antarabangsa (IOC) Jacques Rogge
dalam upacara penyerahan yang cukup simbolik.
Dalam ucapannya, Rogge berkata: "Ini Sukan
cukup luar baisa".
Di tengah-tengah sambutan itu, ketua IOC itu
memulakan dengan menyebut Paralimpik bulan
depan dan mengucapkan maju jaya kepada atlet
kurang upaya, dengan menyatakan "mereka juga
memberi inspirasi kepada kita".
Dalam satu lagi detik istimewa, Kenya diberi
penghormatan bila pesertanya Samuel Wansiru
muncul juara dalam marathon lelaki.
Beliau menerima pingat emasnya dari Rogge,
satu penghormatan yang tidak pernah
dilakukan sebelum ini pada majlis penutupan
Olimpik.
Beribu-ribu atlet memasuki stadium dari
empat penjuru dan berkumpul di padang yang
dilitupi tarpaulin biru mengikut rentak
drum, lagu dan tarian selepas pertandingan
sengit selama 17 hari, diselangi air mata
dan kegembiraan.
Dalam suasana karnival dan kibaran bendera
204 negara peserta, "jaguh" bola keranjang
China Yao Ming sukar dikesan tetapi penonton
bersorak bila kamera tv memfokus kepadanya.
Detik-detik paling gemilang Sukan itu ialah
pencapaian rekod cemerlang dunia 100m dalam
masa 9.69s oleh peserta Jamaica Usain Bolt.
Buat pertama kali, Malaysia memilih seorang
wanita untuk membawa bendera di sukan itu,
iaitu penerjun muda Elizabeth Jimie.
Dalam slot ringkas untuk tuan rumah Olimpik
akan datang, bas merah dua tingkat,
pemandangan terkenal di kota London,
memasuki stadium dengan memakai nombor
pendaftaran "LONDON 2012" dan berhenti di
hadapan bas VIP.
Bumbung bas itu terbuka lantas mengangkat
pentas bergerak untuk menampilkan
persembahan rancak oleh penyanyi Leona Lewis
dan pemain gitar Jimmy Page dari kumpulan
Led Zeppelin.
Mereka disertai oleh pemain bola sepak
terkemuka, David Beckham, yang belumpun
lahir ketika London menjadi hos Olimpik pada
1948 selepas kali pertamanya pada 1908.
Pada sidang akhbar terdahulu hari ini, Rogge
berkata London tercabar dengan standard
tinggi yang diletakkan oleh China.
"Jadi ini akan menjadi cabaran buat London
dan sukan-sukan berikutnya. Harapan saya
ialah London malah akan dapat mengangkat
lagi standard itu," kata beliau.
Dalam kedudukan pingat, China di tempat
teratas dengan 51 emas, AS di tempat kedua
dengan 36 emas, sama seperti di Athens.
Russia di tempat ketiga dengan 23 emas dan
hos 2012 keempat dengan 19.
Turut mendapat sebutan nama pada upacara
malam ini ialah empat anggota baru
Suruhanjaya Atlet IOC yang dipilih oleh
11,000 atlet di sini.
Mereka ialah Moon Dae Sung dari Korea
Selatan (taekwondo) Alexander Popov, Russia
(renang), Claudia Bokel, Jerman (lawan
pedang) dan Yumilka Ruiz-luares, Cuba (bola
tampar).
Suruhanjaya itu kini diketuai oleh bekas
pelari pecut Namibia Frankie Fredericks.
- Bernama
.
Selayang Pandang Beijing 2008
Cemerlang
Badminton - Lee Chong Wei - ( Akhir : Pingat
Perak )
Saingan
Pecut Berpasukan - Josiah Ng, Rizal Tisin
dan Azizul Hasni ( Rekod Kebangsaan )
Pecut Individu - Azizul Hasni ( Suku Akhir )
Memanah Berpasukan -
Cheng Chu Sian,
Wan Khalmizam Wan Abdul Aziz and Mohd
Marbawi Sulaiman ( Suku Akhir )
Memanah Individu - Cheng Chu Sian ( Suku
Akhir )
Badminton Wanita - Wong Mew Choo ( Suku
Akhir )
Badminton Bergu
Lelaki - Koo Kien Kiat / Tan Boon Heong (
Suku Akhir )
Rekod Baru Kebangsaan
Renang - Danial Bego ( 200m gaya bebas -
1:50.92s )